Tuesday, 9 July 2013

Kelebihan Sertai PALAPES

Haiii semua.. Assalammualaikum.. hari saya nak cerita pula tentang kelebihan-kelebihan atau apa yang istimewanya menyertai PALAPES.Seperti yang anda semua tahu,PALAPES adalah satu unit badan beuniform atau kegiatan kokurikulum di university.Namun,ia bukannya sekadar satu unit beruniform yang kita sertai hanya sekadar mahukan jumlah kredit kokurikulum yang secukupnya,tetapi menjadikan kita seorang mahasiswa yang dapat membantu negara dan bangsa.

Sebab apa saya kata macam tu? Apabila kita sudah sertai PALAPES,kita sudah menjadi salah seorang daripada anggota tentera dibawah kor wataniah.Ini bermaksud kita bukanlah menjadi seorang askar ‘regular’ atau tetap,tapi kita menjadi salah seorang anggota tentera sukarela dan pelapis sekiranya berlaku peperangan atau apa-apa kejadian yang akan melibatkan bantuan daripada tentera.Walaupun tidaklah seberapa besar perjuangan atau bantuan kita boleh berikan,sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita mampu sumbangkan untuk negara.











Kita sebagai mahasiswa kena rasa bertuah sebab kita diberikan peluang untuk merasa menggunakan peralatan senjata,belajar ilmu-ilmu ketenteraan dan peperangan dan pelbagai lagi tentang tentera. Semua peluang yang diberikan ini hanya dengan menyertai PALAPES.

Ok…saya nak cerita pula apa kelebihan-kelebihan lain sertai PALAPES ni ^__^                                          
Mula-mula saya nak cerita pasal elaun yang kita akan dapat.Kita akan dapat elaun taw dari setiap aktiviti yang kita hadiri.Berapa yang kita boleh dapat?Sekarang elaun telah dinaikkan sebanyak RM6 satu jam.Kita akan hadiri latihan tempatan 10 jam satu hari pada sabtu dan ahad.Bermakna kita akan dapat RM 60 untuk satun hari.Latihan tempatan yang akan kita hadiri mangikut jumlah jam yang perlu dipenuhi sebanyak 240 jam setahun.Itu tak termasuk elaun latihan berterusan,menembak,kem tahunan dan bounty.Saya harapkan kepada sesiapa yang nak sertai PALAPES ni tidak menjadikan duit sebagai satu sebab utama kenapa nak join PALAPES  ni.

Selain tu,kita berpeluang melawat ke tempat-tempat lain seperti Kolej Tentera Darat,Pangkalan-pangkalan Tentera,Kem-kem Tentera,Pusat-pusat Latihan,muzium-muzium tentera,tempat-tempat pelancongan dan sebagaimya di seluruh negara.Kita juga berpeluang pergi ke IPTA-IPTA lain semasa menyertai istiadat pertauliahan yang diadakan secara bergilir-gilir setiap tahun di IPTA-IPTA.

Setelah 3 tahun kita berkhidmat dalam PALAPES ni,kita akan dikurniakan Watikah Tauliah sebagai Leftenan Muda ke dalam Rejimen Askar Wataniah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.Bermakna bila kita sudah keluar Universiti,kita ada 2 sijil yang sangat berharga iaitu semasa kita grade sebab Berjaya menamatkan pembelajaran di university dan sijil tauliah dalam PALAPES.

Untuk pengetahuan semua lagi,sijil pentauliahan kita amat penting sebagai salah satu ‘benda’ yang dapat membantu di masa hadapan seperti mencari peluang pekerjaan di luar sana.Bak kata orang,sijil tu ‘mahal’ untuk masa depan bermakna sijil tu memudahkan kita mencari kerja.

Sepanjang menjalani latihan di markas,kita tak payah risau pasal makanan sebab makanan disediakan pada waktu pagi,tengah hari dan juga petang.Kalau latihan berterusan,makanan disediakan sehingga malam.Selain makanan disediakan,pakaian,kasut dan beg juga diberikan kepada para pegawai kadet. Jadi,kepada pembaca-pembaca semua yang berminat tak perlulah risau tentang pakaian dan sebagainya.

Apa kelebihan yang saya rasakan paling penting sepanjang bergelar pegawai kadet PALAPES UKM ni adalah pengalaman yang tak akan dapat di mana-mana.Sepanjang tiga tahun berkhidmat dalam PALAPES ni,hubungan sesama rakan-rakan akan menjadi lebih rapat sama ada rakan-rakan dari UKM atau USIM dan ini sekaligus memudahkan kita bekerjasama antara satu sama lain dalam setiap aktiviti yang diadakan.Di sini kita akan jumpa macam mana semangat setia kawan apabila melihat kita susah dan harunginya bersama-sama.
Saya pasti para pembaca di luar sana ada yang sukakan aktiviti yang lasak dan mencabar.Jadi,sangat sesuailah jika anda menyertai PALAPES sebab banyak aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja didalam kelas,malah di luar kelas juga.Aktiviti-aktiviti seperti mendaki bukit,berjalan jauh,merentas hutan dan sebagainya.Ianya sesuatu yang lain daripada yang lain.Percayalah.


Saya mengharapkan para pembaca di luar sana yang memang sangat berminat untuk sertai pasukan ini,tidaklah menjadikan duit atau pangkat sebagai tujuan utama kenapa sertai PALAPES.Ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman yang kita dapat menjadi sebab utama kenapa saya sertai pasukan ini di samping dapat mengisi masa kita yang terluang.

4 comments:

  1. assalamualaikum, sy berminat nk join palapes nie, tp ktinggian sy kurg 150 cm la.. sesuai ke nk join??

    ReplyDelete
  2. boleh je,asalkan ada minat dan kesungguhan ....

    ReplyDelete
  3. Saya ditauliah dua puluh tahun yang lalu...saya amat berhargai 3 tahun dalam alam army life di UKM.

    ReplyDelete
  4. boleh ka dari PALAPES utk masuk terus ke unit terus nnti

    ReplyDelete