Haiii semua.. Assalammualaikum.. hari saya nak cerita pula
tentang kelebihan-kelebihan atau apa yang istimewanya menyertai PALAPES.Seperti
yang anda semua tahu,PALAPES adalah satu unit badan beuniform atau kegiatan
kokurikulum di university.Namun,ia bukannya sekadar satu unit beruniform yang
kita sertai hanya sekadar mahukan jumlah kredit kokurikulum yang
secukupnya,tetapi menjadikan kita seorang mahasiswa yang dapat membantu negara
dan bangsa.
Sebab apa saya kata macam tu? Apabila kita sudah sertai PALAPES,kita
sudah menjadi salah seorang daripada anggota tentera dibawah kor wataniah.Ini
bermaksud kita bukanlah menjadi seorang askar ‘regular’ atau tetap,tapi kita
menjadi salah seorang anggota tentera sukarela dan pelapis sekiranya berlaku
peperangan atau apa-apa kejadian yang akan melibatkan bantuan daripada
tentera.Walaupun tidaklah seberapa besar perjuangan atau bantuan kita boleh
berikan,sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita mampu sumbangkan untuk negara.
Kita sebagai mahasiswa kena rasa bertuah sebab kita
diberikan peluang untuk merasa menggunakan peralatan senjata,belajar ilmu-ilmu
ketenteraan dan peperangan dan pelbagai lagi tentang tentera. Semua peluang
yang diberikan ini hanya dengan menyertai PALAPES.
Ok…saya nak cerita pula apa kelebihan-kelebihan lain sertai
PALAPES ni ^__^
Mula-mula saya nak cerita pasal elaun yang
kita akan dapat.Kita akan dapat elaun taw dari setiap aktiviti yang kita
hadiri.Berapa yang kita boleh dapat?Sekarang elaun telah dinaikkan sebanyak RM6
satu jam.Kita akan hadiri latihan tempatan 10 jam satu hari pada sabtu dan
ahad.Bermakna kita akan dapat RM 60 untuk satun hari.Latihan tempatan yang akan
kita hadiri mangikut jumlah jam yang perlu dipenuhi sebanyak 240 jam
setahun.Itu tak termasuk elaun latihan berterusan,menembak,kem tahunan dan
bounty.Saya harapkan kepada sesiapa yang nak sertai PALAPES ni tidak menjadikan
duit sebagai satu sebab utama kenapa nak join PALAPES ni.
Selain tu,kita berpeluang melawat ke tempat-tempat lain
seperti Kolej Tentera Darat,Pangkalan-pangkalan Tentera,Kem-kem
Tentera,Pusat-pusat Latihan,muzium-muzium tentera,tempat-tempat pelancongan dan
sebagaimya di seluruh negara.Kita juga berpeluang pergi ke IPTA-IPTA lain
semasa menyertai istiadat pertauliahan yang diadakan secara bergilir-gilir
setiap tahun di IPTA-IPTA.
Untuk pengetahuan semua lagi,sijil pentauliahan kita amat
penting sebagai salah satu ‘benda’ yang dapat membantu di masa hadapan seperti
mencari peluang pekerjaan di luar sana.Bak kata orang,sijil tu ‘mahal’ untuk
masa depan bermakna sijil tu memudahkan kita mencari kerja.
Sepanjang menjalani latihan di markas,kita tak payah risau
pasal makanan sebab makanan disediakan pada waktu pagi,tengah hari dan juga
petang.Kalau latihan berterusan,makanan disediakan sehingga malam.Selain
makanan disediakan,pakaian,kasut dan beg juga diberikan kepada para pegawai
kadet. Jadi,kepada pembaca-pembaca semua yang berminat tak perlulah risau
tentang pakaian dan sebagainya.
Apa kelebihan yang saya rasakan paling penting sepanjang
bergelar pegawai kadet PALAPES UKM ni adalah pengalaman yang tak akan dapat di
mana-mana.Sepanjang tiga tahun berkhidmat dalam PALAPES ni,hubungan sesama
rakan-rakan akan menjadi lebih rapat sama ada rakan-rakan dari UKM atau USIM
dan ini sekaligus memudahkan kita bekerjasama antara satu sama lain dalam
setiap aktiviti yang diadakan.Di sini kita akan jumpa macam mana semangat setia
kawan apabila melihat kita susah dan harunginya bersama-sama.
Saya pasti para pembaca di luar sana ada yang sukakan
aktiviti yang lasak dan mencabar.Jadi,sangat sesuailah jika anda menyertai
PALAPES sebab banyak aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja didalam kelas,malah di
luar kelas juga.Aktiviti-aktiviti seperti mendaki bukit,berjalan jauh,merentas
hutan dan sebagainya.Ianya sesuatu yang lain daripada yang lain.Percayalah.
Saya mengharapkan para pembaca di luar sana yang memang
sangat berminat untuk sertai pasukan ini,tidaklah menjadikan duit atau pangkat
sebagai tujuan utama kenapa sertai PALAPES.Ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman
yang kita dapat menjadi sebab utama kenapa saya sertai pasukan ini di samping
dapat mengisi masa kita yang terluang.