Tuesday, 9 July 2013

Kelebihan Sertai PALAPES

Haiii semua.. Assalammualaikum.. hari saya nak cerita pula tentang kelebihan-kelebihan atau apa yang istimewanya menyertai PALAPES.Seperti yang anda semua tahu,PALAPES adalah satu unit badan beuniform atau kegiatan kokurikulum di university.Namun,ia bukannya sekadar satu unit beruniform yang kita sertai hanya sekadar mahukan jumlah kredit kokurikulum yang secukupnya,tetapi menjadikan kita seorang mahasiswa yang dapat membantu negara dan bangsa.

Sebab apa saya kata macam tu? Apabila kita sudah sertai PALAPES,kita sudah menjadi salah seorang daripada anggota tentera dibawah kor wataniah.Ini bermaksud kita bukanlah menjadi seorang askar ‘regular’ atau tetap,tapi kita menjadi salah seorang anggota tentera sukarela dan pelapis sekiranya berlaku peperangan atau apa-apa kejadian yang akan melibatkan bantuan daripada tentera.Walaupun tidaklah seberapa besar perjuangan atau bantuan kita boleh berikan,sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita mampu sumbangkan untuk negara.











Kita sebagai mahasiswa kena rasa bertuah sebab kita diberikan peluang untuk merasa menggunakan peralatan senjata,belajar ilmu-ilmu ketenteraan dan peperangan dan pelbagai lagi tentang tentera. Semua peluang yang diberikan ini hanya dengan menyertai PALAPES.

Ok…saya nak cerita pula apa kelebihan-kelebihan lain sertai PALAPES ni ^__^                                          
Mula-mula saya nak cerita pasal elaun yang kita akan dapat.Kita akan dapat elaun taw dari setiap aktiviti yang kita hadiri.Berapa yang kita boleh dapat?Sekarang elaun telah dinaikkan sebanyak RM6 satu jam.Kita akan hadiri latihan tempatan 10 jam satu hari pada sabtu dan ahad.Bermakna kita akan dapat RM 60 untuk satun hari.Latihan tempatan yang akan kita hadiri mangikut jumlah jam yang perlu dipenuhi sebanyak 240 jam setahun.Itu tak termasuk elaun latihan berterusan,menembak,kem tahunan dan bounty.Saya harapkan kepada sesiapa yang nak sertai PALAPES ni tidak menjadikan duit sebagai satu sebab utama kenapa nak join PALAPES  ni.

Selain tu,kita berpeluang melawat ke tempat-tempat lain seperti Kolej Tentera Darat,Pangkalan-pangkalan Tentera,Kem-kem Tentera,Pusat-pusat Latihan,muzium-muzium tentera,tempat-tempat pelancongan dan sebagaimya di seluruh negara.Kita juga berpeluang pergi ke IPTA-IPTA lain semasa menyertai istiadat pertauliahan yang diadakan secara bergilir-gilir setiap tahun di IPTA-IPTA.

Setelah 3 tahun kita berkhidmat dalam PALAPES ni,kita akan dikurniakan Watikah Tauliah sebagai Leftenan Muda ke dalam Rejimen Askar Wataniah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.Bermakna bila kita sudah keluar Universiti,kita ada 2 sijil yang sangat berharga iaitu semasa kita grade sebab Berjaya menamatkan pembelajaran di university dan sijil tauliah dalam PALAPES.

Untuk pengetahuan semua lagi,sijil pentauliahan kita amat penting sebagai salah satu ‘benda’ yang dapat membantu di masa hadapan seperti mencari peluang pekerjaan di luar sana.Bak kata orang,sijil tu ‘mahal’ untuk masa depan bermakna sijil tu memudahkan kita mencari kerja.

Sepanjang menjalani latihan di markas,kita tak payah risau pasal makanan sebab makanan disediakan pada waktu pagi,tengah hari dan juga petang.Kalau latihan berterusan,makanan disediakan sehingga malam.Selain makanan disediakan,pakaian,kasut dan beg juga diberikan kepada para pegawai kadet. Jadi,kepada pembaca-pembaca semua yang berminat tak perlulah risau tentang pakaian dan sebagainya.

Apa kelebihan yang saya rasakan paling penting sepanjang bergelar pegawai kadet PALAPES UKM ni adalah pengalaman yang tak akan dapat di mana-mana.Sepanjang tiga tahun berkhidmat dalam PALAPES ni,hubungan sesama rakan-rakan akan menjadi lebih rapat sama ada rakan-rakan dari UKM atau USIM dan ini sekaligus memudahkan kita bekerjasama antara satu sama lain dalam setiap aktiviti yang diadakan.Di sini kita akan jumpa macam mana semangat setia kawan apabila melihat kita susah dan harunginya bersama-sama.
Saya pasti para pembaca di luar sana ada yang sukakan aktiviti yang lasak dan mencabar.Jadi,sangat sesuailah jika anda menyertai PALAPES sebab banyak aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja didalam kelas,malah di luar kelas juga.Aktiviti-aktiviti seperti mendaki bukit,berjalan jauh,merentas hutan dan sebagainya.Ianya sesuatu yang lain daripada yang lain.Percayalah.


Saya mengharapkan para pembaca di luar sana yang memang sangat berminat untuk sertai pasukan ini,tidaklah menjadikan duit atau pangkat sebagai tujuan utama kenapa sertai PALAPES.Ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman yang kita dapat menjadi sebab utama kenapa saya sertai pasukan ini di samping dapat mengisi masa kita yang terluang.

Pengambilan Pegawai Kadet sesi 2012/2013

Pegawai kadet PALAPES UKM telah bergabung dengan pegawai kadet USIM pada semester 1 sesi 2009/2010 yang telah dipersetujui oleh Komandan PALAPES UKM,Sharifah Hapsah.Ini dapat menambahkan lagi kekuatan PALAPES UKM.



Selepas minggu mesra pelajar UKM berakhir,pengambilan pegawai kadet baru junior sesi 2012/2013 bermula.Kami diuji dengan ujian fizikal,ujian kesihatan serta ujian IQ sebelum dipilih menyertai pasukan ini.Kepada sesiapa yang membaca blog ni dan berniat nak sertai pasukan ni, tak perlulah takut dengan ujian-ujian macam ni sebab ujian-ujian ni semuanya adalah syarat untuk sertai PALAPES ni.

Ada beberapa taklimat yang kami perlu hadiri sebelum kami menghadiri latihan.Taklimat ini diuruskan oleh pegawai-pegawai kadet peringkat intermediate iaitu satu peringkat selepas peringkat junior.Mereka memberi maklumat-maklumat seperti cara pemakaian yang betul ketika di markas,peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi,bagaimana organisasi sesuatu peringkat diuruskan dan macam-macam lagi berkenaan dengan PALAPES.Ini semua sebagai satu persediaan untuk kami sebelum memulakan sebarang aktiviti atau latihan PALAPES.
Pada hari sabtu dan ahad hujung minggu,bermulalah latihan tempatan kami yang pertama di markas.Di hari pertama ini,berlangsungnya penyerahan dan pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai kadet sesi sebelum kami iaitu peringkat intermediate dan peringkat senior.Pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Komandan PALAPES UKM(Naib Canselor UKM).Pangkat-pangkat seperti koperal,sarjan,junior under officer(JUO) dan senior under officer(SUO) diberikan kepada mereka yang layak berdasarkan kepada sikap kepimpinan,tanggungjawab serta sahsiah diri yang baik dalam diri.Mereka yang memegang 

Pada hari pertama inilah kami diperkenalkan dengan staf-staf PALAPES UKM yang semuanya terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Di Raja Malaysia.Setiap peringkat mempunyai 2 orang jurulatih dan seorang pegawai latih peringkat serta seorang ketua jurulatih PALAPES UKM iaitu Leftenan Kolonel Mohd.Sahar.Staf-staf bahagian lain juga diperkenalkan seperti di bahagian pengangkutan,dapur, pengurusan dan lain-lain lagi.



Latihan tempatan dimulakan dengan PT(physical training) atau lebih dikenali sebagai senaman seperti berjoging di waktu pagi.Ini dapat mencergaskan lagi kekuatan fizikal di samping dapat menjaga kesihatan dan sekaligus mencerdaskan minda kita.Selepas selesai PT,sesi kelas bermula.Kelas yang kami hadiri akan diajar tentang ilmu-ilmu ketenteraan,senjata dan sebagainya mengenai ketenteraan serta melakukan praktikal di luar kelas.Ilmu-ilmu dan pengalaman seperti ini hanya boleh dalam PALAPES sahaja disamping membentuk peribadi dan sahsiah yang baik dalam diri setiap mahasiswa.


ADAKAH ANDA MAHU MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KAMI...??

Wednesday, 15 May 2013

Kami berminat dengan PALAPES

       Assalammualaikum...
 Haii!! apa khabar kepada semua pembaca2 blog ni.. terima kasih sebab sudi nak baca blog ni.Actually sebenarnya saya nak ceritakan kat korang semua tentang PALAPES.Bagaimana saya dan kawan-kawan saya boleh berminat nak sertai PALAPES dan Alhlamdulillah boleh bertahan sampai sekarang.Dan yang paling penting kat sini nak ceritakan pengalaman kitorang sepanjang menyertai PALAPES ni.
       
        Pembaca2 blog semua... korang tau tak PALAPES tu ape sebenarnya? Maybe ade yang tau dan ada jugak kot yang tak tau.Biar saya bagitau korang semua.PALAPES tu stand for Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau pun salah satu badan beruniform yang boleh disertai oleh mahasiswa-mahasiswa IPTA seluruh Malaysia.Ada jugak pasukan-pasukan beruniform lain seperti Kor Suksis(Polis) dan Bomba.Walaupun ada pasukan-pasukan beruniform lain tapi saya tetap lebih berminat dengan PALAPES ni.^ ^

        Latihan dalam PALAPES ni cuma 3 tahun dan selepas tu akan ditauliahkan oleh Yang-Dipertuan Agong sebagai Leftenan Muda di bawah Rejiman Askar Wataniah.Perkhidmatan kita dalam PALAPES ni tak terhenti bila dah ditauliahkan,sebaliknya boleh lagi kalau kita berminat nak sambung untuk pangkat yang lebih tinggi atau teruskan perkhidmatan sebagai seorang tentera dengan menyertai Tentera Darat,Tentera Udara atau Tentera Laut.




      Kat sini saya lebih suka nak kongsikan pengalaman-pengalaman saya dan rakan-rakan sepanjang menyertai pasukan ni.Saya tahu tentang PALAPES ni masa minggu orientasi pelajar UKM dimana ada satu slot yang mendedahkan kepada kami semua mengenai PALAPES yang disampaikan oleh Lt Kol Mohd Sahar iaitu ketua jurulatih bagi PALAPES UKM.Slot tu memang menarik perhatian saya sebab cara penyampaiannya sangat bersemangat dan sangat-sangat meyakinkan kami tentang betapa banyaknya kelebihan menyertai pasukan ni.Antaranya ia merupakan satu pengalaman dan pelajaran baru yang patut dirasai oleh semua kalangan mahasiswa-mahasiswa disamping tidak melupakan tujuan asal kita berada di universiti iaitu untuk menuntut ilmu.


    Antara yang paling penting yang saya dapat belajar ialah sikap kerjasama sesama skuad dan nilai persahabat yang sangat tinggi antara kami semua.Banyak perkara yang mengajar kami semua untuk memupuk sikap kerjasama dan sekali gus dapat mengeratkan lagi persahabatan diantara kami semua tidak kiralah antara peringkat junior,peringkat intermediate mahupun peringkat senior.Kerana apa sikap kerjasama ini sangat ditekankan? Ini kerana bagaimana untuk kita nak menjayakan sesuatu perkara tanpa persefahaman sesama anggota pasukan di dalam satu pasukan.Mesti para pembaca semua pernah mendengar kata-kata orang tua atau dimana-mana kalau satu lidi sangat senang dipatahkan,tetapi kalau lidi yang sangat banyak diikat,sangat susah untuk dipatahkan.Begitulah nak diumpamakan sikap persefahaman dan kerjasama antara anggota pasukan.


    Saya akan menceritakan lebih lagi tentang PALAPES dan pengalaman-pengalaman saya sepanjang berada dalam pasukan ini.